A) Mempermudahkan masyarakat menyediakan dokumen hibah melalui medium yang cepat dan telus. eHibah adalah jalinan kerjasama penyelidikan dan pembangunan antara Overview Sdn. Bhd, Shahrin Nasir & Associates dan Twistcode Technologies Sdn. Bhd.; dan dikaji bersama tenaga pakar dari Universiti Utara Malaysia sebagai penasihat kehormat.
B) Mendidik masyarakat akan kepentingan hibah dalam pengurusan harta. Berdasarkan kajian sejak tahun 2006, kegagalan penyediaan dokumen hibah adalah kerana kurangnya pengetahuan mengenai proses penyediaan dokumentasi, ketidakmampuan untuk menyediakan dokumen yang tepat dan harta yang ditinggalkan adalah kecil. Dalam keadaan pandemik COVID-19, kajian sepanjang tahun 2020 menunjukkan masyarakat awam telah mula mengadaptasi penggunaan transaksi di atas talian secara maksimum. Masyarakat mahukan dan lebih memilih untuk berinteraksi di atas talian, maka penyediaan dokumen hibah secara atas talian juga adalah salah satu cara bagi mempermudahkan penyediaan dokumen tersebut tanpa mendedahkan mereka kepada risiko COVID-19.
C) Memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk berhibah. Kami yakin bahawa penyediaan dokumen hibah secara atas talian @ eHibah berpotensi untuk mempermudahkan masyarakat ramai menyediakan dokumen Hibah dan mengurus aset/hartanah mereka dengan lebih teratur.