PENETAPAN YURAN

Kini semua orang mampu mengisytiharkan harta mereka dengan yuran penyediaan dan perlaksanaan dokumen yang berpatutan.


PAKEJ AMANAH

Penyediaan Dokumen: RM1116 setiap dokumen

Yuran Penyimpanan: RM100 setiap tahun akan dikenakan bermula dari tahun kedua dokumen hibah dilengkapkan sehingga berlakunya kematian kepada pemberi.

Yuran Perlaksanaan: RM1000 setiap dokumen akan dikenakan kepada penerima sebagai Yuran Perlaksanaan Pengesahan Dokumen Hibah untuk mendapatkan endosmen daripada Mahkamah Syariah/Pejabat Pusaka sahaja. Apa-apa bayaran cukai dan/atau duti setem dan/atau fi yang dikenakan terhadap harta-harta tersebut dan/atau melibatkan Mahkamah Tinggi Sivil dan/atau sekiranya melibatkan perkara-perkara yang diluar jangkaan dan bidangkuasa kami hendaklah ditanggung oleh penerima sepenuhnya. Pihak kami akan memaklumkan kepada penerima Hibah untuk sebarang tindakan yang perlu diambil, beserta dengan senarai semak sebagai rujukan.


Penyediaan Dokumen Pakej Amanah merangkumi butiran-butiran seperti berikut:

a) Satu dokumen untuk setiap negeri. 

b) Setiap dokumen terhad kepada 3 bidang tanah, 3 buah rumah dan tiada had untuk harta alih

c) Pengisytiharan Harta Tidak Alih* 

d) Pengisytiharan Harta Alih** 

e) Penamaan Penerima/Benefisiari 

f) Yuran Penyediaan Dokumen 

g) Yuran Penyimpanan Tahun Pertama (Custody Fee) 

h) Yuran Penyeteman 

i) Mulakan Pengisytiharan Hibah 

j) Anda boleh mengisytiharkan sebanyak mana harta yang anda mahu. 

k) Jumlah penerima tidak terhad.

l) Anda boleh menghibahkan harta kepada seramai mungkin penerima yang anda mahukan.


Adakah sebarang yuran tambahan akan dikenakan untuk perubahan maklumat bagi Pakej Amanah? 

Yuran sebanyak RM1000 akan dikenakan sekiranya terdapat perubahan kepada Penerima Hibah dan pelupusan harta yang tercatat pada dokumen asal (Dokumen perlu di buat semula, ditandatangani oleh setiap pihak dan penyeteman baru). Yuran sebanyak RM100 akan dikenakan setiap kali terdapat pertambahan dan/atau pelupusan kepada Harta yang di Hibah dan tiada perubahan pada dokumen asal (Tidak mempunyai had harta yang di ubah).


PAKEJ KASIHANI 

Penyediaan Dokumen: RM336 setiap dokumen 

Yuran Penyimpanan: Tiada 

Yuran Perlaksanaan: RM2000 setiap dokumen; atau 0.4% keatas jumlah nilai asset; atau mana-mana yang lebih tinggi; akan dikenakan kepada penerima sebagai Yuran Perlaksanaan Pengesahan Dokumen Hibah untuk mendapatkan endosmen daripada Mahkamah Syariah/Pejabat Pusaka sahaja. Apa-apa bayaran cukai dan/atau duti setem dan/atau fi yang dikenakan terhadap harta-harta tersebut dan/atau melibatkan Mahkamah Tinggi Sivil dan/atau sekiranya melibatkan perkara-perkara yang diluar jangkaan dan bidangkuasa kami hendaklah ditanggung oleh penerima sepenuhnya. Pihak kami akan memaklumkan kepada penerima Hibah untuk sebarang tindakan yang perlu diambil, beserta dengan senarai semak sebagai rujukan.

Penyediaan Dokumen Pakej Kasihani merangkumi butiran-butiran seperti berikut: 

a) Satu dokumen untuk setiap negeri. 

b) Setiap dokumen terhad kepada 3 bidang tanah, 3 buah rumah dan tiada had untuk harta alih

c) Pengisytiharan Harta Tidak Alih* 

d) Pengisytiharan Harta Alih** 

e) Penamaan Penerima/Benefisiari 

f) Penyediaan Dokumen secara AI 


Pemberi harus melakukan perkara tersebut tanpa bantuan dari panel guaman: 

a) Mulakan Pengisytiharan Hibah setelah selesai duti setem. 

b) Anda boleh mengisytiharkan sebanyak mana harta yang anda mahu. 

c) Jumlah penerima tidak terhad. 

d) Anda boleh menghibahkan harta kepada seramai mungkin penerima yang anda mahukan. 

e) Yuran Penyeteman 


Adakah sebarang yuran tambahan akan dikenakan untuk perubahan maklumat bagi Pakej Kasihani? 

Yuran sebanyak RM300 akan dikenakan sekiranya terdapat sebarang perubahan kepada Penerima Hibah; dan pertambahan dan/atau pelupusan harta yang tercatat samada pada dokumen asal atau tidak (Dokumen perlu di buat semula, ditandatangani oleh setiap pihak dan penyeteman baru).