SOALAN LAZIM

1. Apakah perbezaan hibah dan wasiat? 

Hibah ialah pemberian harta yang berlaku semasa hidup pemberi hibah, sedangkan wasiat ialah pemberian harta yang berlaku selepas kematian pewasiat.


2. Siapakah yang perlu untuk buat hibah? 

Mereka yang tidak mempunyai waris faraid lelaki sebagai pendinding. Sekiranya tuan hanya mempunyai anak perempuan, maka sebahagian harta tuan akan diwarisi oleh adik-beradik tuan.


3. Apakah itu hibah sebenarnya? 

Hibah adalah pemberian harta secara kasih sayang kepada sesiapa yang dikehendaki pada masa hidup dan tanpa ada sebarang balasan. eHibah mempraktikkan Hibah Bersyarat secara Ruqba.


4. Adakah saya perlu buat wasiat atau hibah? 

Bergantung kepada situasi tuan/puan. Jika tuan/puan dalam kategori di bawah, maka HIBAH digalakkan: 

• mempunyai anak perempuan sahaja; 

• mempunyai anak angkat; 

• Pasangan yang tiada anak; 

• lndividu yang belum berkahwin; 

• lndividu yang berpoligami; 

• Mualaf yang ingin berikan harta kepada keluarganya yang belum Islam; 

• Membeli harta secara bersama; 

• lndividu yang ingin berikan hartanya kepada sesiapa yang diingini; 

• Ahli perniagaan; 

• Jemaah haji; 

• lndividu yang berkahwin semula.


5. Apakah harta yang boleh dihibahkan melalui eHibah? 

Harta seperti: 

• Hartanah; 

• Unit Amanah; 

• ASB; 

• Deposit Tetap; 

• Akaun simpanan emas (bukan barang kemas); 

• Tabung Haji- tanpa penama.


6. Apakah terdapat harta yang tidak boleh dihibahkan? 

Ada, seperti berikut: 

• Harta diluar Malaysia; 

• KWSP; 

• Harta yang tak berdaftar seperti barang kemas, lukisan mahal, etc.; 

• Harta yang dilarang syarak.


7. Adakah boleh hibah harta bercagar? 

Ya boleh. Tetapi ada beberapa syarat yang harus dipenuhi untuk buat hibah harta bercagar.


8. Adakah eHibah ini boleh dibatalkan atau ditarik balik? 

Ya. eHibah mempraktikkan Hibah Bersyarat secara Ruqba. Walaubagaimanapun, menurut pendapat mazhab Syafie, Hanbali dan sebahagian fuqaha’ mazhab Maliki penarikan balik hibah boleh berlaku dengan semata-mata ijab dan qabul. Tetapi apabila disertakan dengan penyerahan dan penerimaan barang (al-qabd) maka hibah (Mutlak) berkenaan tidak boleh ditarik balik kecuali hibah yang dibuat oleh bapa (termasuk juga ibu, datuk, nenek dan usul yang lain) kepada anak-anaknya selama mana harta itu tidak ada kaitan dengan orang lain. Walaubagaimanapun, hadis Rasulullah s.a.w mengatakan yang bermaksud: “Orang yang menarik balik hibahnya sama seperti anjing yang memakan balik muntahnya…” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).


9. Harta dihibahkan semasa hidup atau selepas mati? 

Dokumentasi dibuat pada waktu hidup. Pelaksanaan pindahmilik akan dilaksanakan selepas kematian.


10. Adakah eHibah boleh dicabar? 

Hibah boleh dicabar jika:

i) pemberian itu tidak jelas. 

ii) dokumen yang disediakan tidak selari dengan undang-undang. Walau bagaimanapun ia bergantung kepada keputusan Mahkamah Syariah. Ia adalah bidang kuasa Mahkamah Syariah untuk memutuskan kedudukan hibah tersebut.


11. Adakah boleh menghibahkan akaun KWSP melalui eHibah? 

Tidak boleh. KWSP hanya membenarkan perlantikkan penama dan, tugas penama adalah pentadbir (wasi) yang perlu membahagikan wang KWSP kepada ahli waris nanti.


12. Jika isteri buat eHibah kepada suami, sekiranya bercerai, adakah harta tersebut boleh diambil semula? 

BOLEH. eHibah hanya mengamalkan Hibah Bersyarat Ruqba.


13. Bagaimana dengan anak di bawah umur? 

Boleh melantik Pemegang Amanah dan akan dipindah milik apabila anak berumur 18 tahun kelak.


14. Adakah terdapat yuran/fi lain? 

Ada. Sila rujuk Artikel “Penetapan Yuran” dalam laman sesawang ini.


15. Apakah dokumen yang perlu disediakan? 

Anda perlu sediakan salinan: 

• Kad Pengenalan pemberi; 

• Kad Pengenalan penerima; 

• Akaun Bank – Nama Bank, No. Akaun; 

• Unit Amanah – Nama syarikat Unit Amanah, No. Akaun; 

• Saham & Sekuriti di Bursa Malaysia – No. Akaun CDS; 

• Saham Koperasi – Nama Koperasi, No. Ahli; 

• Polisi insurans & takaful- Nama syarikat, No. Polisi; 

• Rumah/Kondominium/Pangsapuri/Lot Kedai – Alamat; 

• Tanah – H.S.(M), No. P.T, No. Lot, No. Mukim, Daerah, Negeri; 

• Kereta/Motor/Bot/Kapal Peribadi – Jenis kenderaan, No. Pendaftaran; 

• Saham dalam perniagaan – Nama syarikat, No. Pendaftaran; 

• ‘Safe Deposit Box’- Nama Bank, No. Peti Simpanan; 

• Keahlian Kelab (yang boleh diwarisi) – Kelab, No. Ahli. *Hanya sediakan dokumen yang berkaitan sahaja.


16. Perjanjian jualbeli (SPA) perlu dimuatnaik juga? 

Sekiranya pemilik memegang mempunyai geran hakmilik yang asal (bukan salinan), tidak perlu Perjanjian Jual Beli.


17. Apakah Jenis hibah yang ada dipasaran? 

Terdapat 3 jenis iaitu: 

a) Hibah Mutlak 

b) Hibah Amanah 

c) Hibah Bersyarat


18. Apakah jenis hibah yang dipraktikan oleh eHibah? 

eHibah hanya mempraktikan Hibah Bersyarat secara Ruqba sahaja.


19. Jika saya hibahkan kepada 4 orang anak dengan 25% setiap orang, katalah saya mendapat seorang anak lagi, bolehkah saya tukar kepada 20% setiap orang? 

Boleh dengan membatalkan (menarik balik) hibah yang lama (yang dibuat melalui eHibah) dan buat hibah yang baru (juga melalui eHibah) dengan kadar RM500 sahaja.


20. Bolehkah hibah tanah pertanian kurang satu (1) ekar? 

Boleh, tetapi kepada seorang penama sahaja.


21. Boleh hibah kepada 3 nama atas 1 rumah? 

Boleh, satu lot harta boleh dihibahkan kepada lebih dari seorang.


22. Jika hibah harta bercagar, adakah hakmilik akan pindah selepas penghibah mati? 

Ya. Akad pemberian eHibah hanya akan lengkap selepas proses tandatangan setiap pihak telah disempurnakan. Proses turunmilik adalah selepas kematian.


23. Bagaimana dan apakah jenis harta yang boleh terus dihibahkan kepada anak angkat saya? 

Boleh hibahkan rumah atau mana-mana harta tak alih melalui eHibah. Bagi harta alih lain, sila rujuk kepada kategori harta yang boleh dihibahkan di laman sesawang ini.


24. Adakah dokumen hibah yang dibuat melalui eHibah selari dengan undang-undang?

Ya. Kerana segala dokumen melalui eHibah disediakan oleh Panel Peguam berdaftar.


25. Apakah peranan peguamcara dalam pelaksanaan hibah hartanah bercagar?

Berdasarkan seksyen 37(2) Akta Profession Guaman 1976, hanya peguamcara mempunyai kelayakkan untuk menyediakan dokumen yang berkaitan harta tak alih dan pengamanahan. Peguamcara mesti memastikan dokumen hibah hartanah adalah sah dan berkuatkuasa. Peranan peguamcara adalah: 

a) Memastikan mereka memahami dan mengetahui kesan hibah hartanah yang dibuat keatas harta tersebut. 

b) Memastikan dokumen yang disediakan mengikut kehendak anak guam. 

c) Memastikan pihak-pihak terlibat melaksanakan segala syarat bagi menjadikan hibah tersebut sah.